countdown^^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, December 20, 2011

..life..life..life..life..

saya dan kamu
terlalu berbeza
coretan cerita perjalanan hidup
sangatlah berbeda

saya dan kamu
punyai ceritera masing-masing
punya kenangan yang berbeza
namun yang tidak membezakan kita adalah

saya dan kamu 
masih sama
kita
masih ciptaannya yang Agung
Dia adalah pencipta yang Mulia
panjatkanlah kesyukuran 
atas penciptaannya yang tidak ternilai

saya dan kamu
berbeda dari segi
jantina
ketinggian
rupa paras
kedudukan
pendapat
hatta
hati dan perasaan
tapi jangan dilupa
Dia menyayangi kita semua
tanpa syarat

saya dan kamu
punya persoalan yang bertalu-talu
namun
jangan diikutkan kata hati
kerana
takut
kelak badan binasa

saya dan kamu
hargailah peluang yang telah diberikan
jangan sia-siakan peluang itu
kerana
pisang tidak akan berbuah dua kali
dan peluang yang akan datang 
tidak pernah sama dengan peluang yang terdahulu
tetapi ingatlah
setiap kita
punyai keistimewaan dan layak diberi peluang


ya itulah dunia
dunia yang saya dan kamu pijak
itulah ceritera lakonan yang kita mainkan sepanjang hidup
tanpa kita sedari
hargailah diri kita
kerana kitalah pelakon yang hebat 
dan
kita berhak menentukan penamat bagi ceritera kita
asalkan jangan menyonsang dariNya

ya
itulah
saya dan kamu

mood : sastera ka?

p/s: otomatik ja
lain mau di taip..
lain yang keluar^^

No comments: